HealthAssured


Kos perubatan semakin meningkat setiap tahun.
Ambil langkah proaktif untuk insurans perubatan anda.

Kos penjagaan kesihatan semakin meningkat di seluruh dunia, ini memberi kesan kepada premium insurans. Walau bagaimanapun, kami memahami bahawa kesihatan anda kekal sebagai aset yang paling berharga untuk anda. HealthAssured memberikan anda fleksibiliti untuk mengawal kos insurans perubatan anda dan jimat lebih banyak dengan pilihan yang fleksibel.

Klik sini untuk Bahasa Mandarin.

Manfaat Selamat Datang & Manfaat Tiada Tuntutan
Dapatkan diskaun Kos Insurans (COI) serta-merta sebanyak 20% sejurus selepas pendaftaran. Kekal bebas tuntutan untuk mengekalkan diskaun 20% COI anda dari tahun ke tahun.

Pilihan Penjimatan Kos yang Fleksibel
Sesuaikan tahap insurans bersama anda dengan premium lebih rendah dan perbelanjaan dari poket yang lebih mudah untuk diuruskan.

Had Tahunan Keseluruhan yang Tinggi
Nikmati perlindungan sehingga RM5 juta untuk Pelan Asas dan perlindungan tanpa had untuk Pelan Premier. 

Tiada Had untuk Bilik Hospital & Penginapan
Tiada had untuk bilangan hari yang anda boleh tuntut!

Penjagaan Kanser yang Diperibadikan
Kenal pasti pilihan rawatan terbaik melalui ujian genomik yang paling terkini.

Perlindungan Tambahan
Pelan Premier merangkumi perlindungan untuk keadaan kongenital, rawatan penyakit mental, dan peralatan perubatan.

Perkhidmatan Nilai Tambah kami direka untuk memberikan kemudahan tambahan dan sokongan untuk mempertingkatkan perlindungan anda. 

Perkhidmatan Nilai Tambah yang memberikan akses kepada pakar-pakar dari seluruh dunia untuk mempermudahkan keputusan berkaitan perubatan.

Ketahui lebih lanjut

Perkhidmatan Nilai Tambah yang menyediakan penjagaan perubatan kepada Orang yang Diinsuranskan di rumah mereka sendiri.

Ketahui lebih lanjut
Nak tahu lebih lanjut tentang  HealthAssured?

Sila hubungi Ejen Allianz Life atau terus berhubung dengan kami melalui borang ini.

PERLINDUNGAN PIDM UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT POLISI/PRODUK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur PIDM’s TIPS Brochure atau hubungi Allianz Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM (layari https://www.pidm.gov.my/).